Wednesday, 28 March 2012

pencarian...

salam semua. sekarang ni aku masih lagi dalam pencarian. Pencarian erti diri aku. Yang mana masih banyak lagi aku tidak tahu. Dan juga apa yang perlu aku tahu dan belajar. Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan berita yang amat memilukan hati. Sungguhpun berat untuk ku terima. Aku redha andai ini ketentuanNya bagi diri ku. Mungkin aku bukan berada di tempat yang betul. Tempat dimana aku sepatutnya berada. Banyak petunjuk telah Dia berikan, tetapi dalam bentuk yang amat menyakitkan. Namun aku terima, mungkin ini caranya untuk aku sedar yang aku sudah lama jauh dari diriku dan juga diriNya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Setiap yang berlaku pasti sebabnya. Setiap apa yang aku alami, pasti ada pahit dan manisnya. Sama ada aku sedar ataupun tidak, semakin lama semakin aku jauh. Semakin aku berubah. Berubah menjadi seseorang yang hampir bukan diri ku yang dulu lagi. Seseorang yang amat berlainan kelakuannya. Seorang yang jahat, kurang berdisplin, tidak mendengar kata, tidak reti untuk menilai hati yang lain. Cuba untuk memahami mereka. Seperti mana aku yang dulu. Mungkin ini apa yang dia telah tentukan. Tiada siapa yang tahu akan kebenarannya. Yang mampu kita buat hanya berserah dan terus berdoa agar kita akan menjadi lebih baik dari semalam. Dan berusaha mencari jalan agar kita mampu berubah menjadi apa yang dia sukakan. Dan kembali memegang janji yang telah kita pegang sejak azali lagi. Tanpa ragu-ragu, dengan keyakinan kepadaNya, yang dia tidak akan menjadikan sesuatu itu tanpa sebab dan alasan. Tapi aku bersyukur kepada NYa kerana dia telah memberikan balasan kepada dosa-dosa lampau ku ketika di dunia lagi. Betapa beruntungnya aku walaupun apa yang dia berikan hany sedikit dari ap yang sepatutnya ku dapat dan terima. Berdoalah semoga kita semua akan bertemu hidayah dan kembali kepadaNya walaupun untuk sesaat. Jangan lah kita leka kerana iblis telah berjanji untuk menyesatkan semua keturunan Adam untukmasuk ke neraka bersamanya. Ingatlah akan kematian kerana disitulah pengakhiran kita didunia dan permulaan kita di akhirat. Sudah bersediakah aku untuk menghadapi semua itu sedangkan masih banyak yang aku perlu ketahui, perlu belajar. Amalku masih tidak cukup untuk aku ke syurga. Aku hanya insan yang lemah. Aku tidak sempurna. Masih banyak lagi yang perlu aku baiki. Moga-moga dipermudahkan. Amin..