Wednesday, 14 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya pada semua. Harap semua sihat sejahtera. Macam mana dengan raya anda semua? Pada yang masih remaja, banyak tak dapat duit raya?? Hahaha... Dah dapat duit raya tu jangan dihabiskan pada perkara yang tak berfaedah pulak. Kalau boleh, bagi pada ibu dan ayah simpan di bank untuk kegunaan masa depan. Tahun ni aku tak beraya sangat. mood pun tak berapa nak ada. Tak tahu sebab apa. Orang lain pergi beraya, aku sibuk mencari ikan di lubuk. Huhu.. Cukup kot untuk part beraya. sekarang aku dah ada kerja baru, technician. Tapi biasa-biasa je. Alhamdulilah setakat ni tiada apa- apa masalah. Harapnya berterusan sebegitu. Insyaallah kalau ada rezeki lebih, hujung tahun ni aku akan beli kereta. Tapi second-hand je la. Nak beli yang baru tak lepas loan. Tidak mengapa. Yang penting kondisi kereta tu tiptop, boleh nak jalan jauh. Ramai yang membantah terutama sahabat handai yang rapat. Sebab kewangan masih tidak stabil. Pada aku, untuk masa sekarang, kereta lebih penting daripada rumah sewa. Dalam keadaan aku sekarang, itu yang aku pentingkan. Entahlah... Kalau ada rezeki tu, adalah. Kalau tiada, bersabar sahaja. Ok lah.. Aku nak sambung kerja. Hari tak outstation sebab kereta syarikat hantar untuk servis. So duduk la pejabat buat apa yang patut. Next time aku update lagi.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ANDAI ADA SALAH DAN SILAP
HAPAP DIMAAFKAN. :)

Saturday, 4 August 2012

bulan puasa

salam.. dah lama aku tak update blog. sibuk sikit sekarang. tengah tolong pak cik di kampung untuk siapkan kedai runcit yang dia nak buka selepas raya ni. doa2kan semoga sempat siap dalam bulan puasa ni. n tak update pun sebab laptop tinggal kat rumah. tak bawa balik ke kampung. hehehe... semua macam mana? sihat x? puasa macam mana? ok? ke ada yang dah tinggal puasa? kalau ada pun, tidak mengapa. janji jangan lupa ganti balik puasa tu. haha... aku sekarang sibuk dengan kerja kat kedai runcit tu. tak sempat lagi nak balik ke tapah. insyallah sebelum raya aku balik sekejap. selepas raya, aku mungkin kena balik ke kampung balik sebab buat masa sekarang tiada siapa yang ada untuk jaga kedai runcit tu nanti bila dah buka secara rasmi. kemungkinan besar, aku yang kena jaga. tak kisah lah. lagipun bukan aku ada buat apa2 pun kt rumah tu. kepada mereka yang aku nak jumpa, bila aku dah balik tapah nanti, kita jumpa. apa2 pun, terima kasih pada semua. ok lah. aku nak sambung on9, sambil tunggu keluarga kesayangan aku sampai kampung dari tapah. n selamat berbuka pada semua. :)

Thursday, 3 May 2012

jauh..

entah kenapa, aku dapat rasakan semakin lama semakin jauh. tambah-tambah lagi malam ni. aku rasa macam aku dah tak penting lagi. muungkin ada sesuatu yang berlaku. tapi takkan la sampai macam tu sekali. seolah-olah aku dah kembali ke masa silam. apa yang pernah berlaku dulu seolah datang kembali untuk diulangi. apa sebenarnya yang terjadi? mengapa bersikap sebegitu rupa? persaan aku begitu kuat mengatakan yang ini tidak mungkin menjadi realiti. seperti Dia telah tunjukkan padaku inilah yang sepatutnya berlaku. inilah yang sepatutnya terjadi. inilah yang dinamakan takdir. qada' dan qadar. yang telah ditetapkan sejak azali lagi. andai ini ketentuan Mu, aku sebagai hamba MU hanya mampu redha, terima apa jua ketentuan yang telah engkau tetapkan. cuma aku mohon kepada Mu, kuatkanlah, tabahkanlah hati ini untuk menerima segala apa yang telah engkau tetapkan. janganlah engkau hadirkan rasa tidak puas hati, benci dan apa-apa saja ke dalam hati ini. apa pun yang terjadi, aku redha dan jadikanlah perasaan itu sebagi pengajaran, pelajaran kepada ku. agar aku terus bisa hidup dalam dunia ciptaanMu. dan jangan lah engkau sukarkan perjalanan yang engkau telah berikan kepada hamba-hambaMu yang lain. sesungguhnya mereka juga seperti aku. hanya insan ciptaan Mu yang lemah. yang tidak akan pernah sempurna. hindarilah mereka dari kejahatan dan berikanlah kebaikan. aku hanya mampu berdoa, memohon kepadaMu. aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa tanpa izinMu. biarlah aku simpan perasaan ini, melihat dari jauh. jika itu apa yang aku hanya mampu lakukan. izinkanlah aku....

Wednesday, 2 May 2012

sakit...

ya allah... kenapa kau berikan aku rasa yang sebegini?? kenapa tidak kau hindarkan aku daripada rasakan sakit ini??? aku tidak mampu untuk menahan sakit ini. aku bukanlah seorang yang kuat untuk hadapi semua ini. kenapa kau berikan aku untuk melihat semua yang terjadi? ambillah hati ku ini agar aku tidak bisa untuk merasakan apa-apa pun. aku tidak sanggup apatah lagi untuk melihat semua ini. apa yang harus aku lakukan agar kau mengambil pemberian mu ini semula. biar lah aku tidak berhati. asalkan aku tidak merasakan semua ini. sungguh perit, pedih hati ini. kerna aku hanya mampu melihat tapi tidak mampu berbuat apa-apa. aku hanya mampu merasa tapi tidak mampu untuk meluahkan. aku mampu berpaling tapi tidak mampu melupakan. ambillah segala yang telah engkau berikan. cukup sekadar di sini. andai kau pnjangkan umur ku, tabahkan lah hatiku agar aku mampu untuk mengharungi semua ini. jika tidak, pergilah kau kembali kepada pencipta mu. sesungguhnya itulah yang terbaik buat ku dan juga buat mu wahai hati ku. T.T

Tuesday, 24 April 2012

ntah..

hmmm... untuk kali ini, aku pun tak tahu nak bagi tajuk apa.. ntah.. apa-apa pun, aku kena cerita jugak sedikit sebanyak apa yang dah jadi dekat aku sekarang. untuk saat ini, hati aku memang tengah sakit, sakit sampai aku pun tak tahu nak cakap macam mana. seolah-olah macam aku dah nak mati pun ada. sebab jadi macam tu pun bukan apa. sebab sekeliling aku. ada saja yang tak kena. sampai aku rasa macam dah takde makna untuk aku tinggal dekat alam ni lagi. aku memang tak kuat, tak sempurna, tak boleh diharap, jahat, tahu nak marah orang je tak tentu pasal. pasal hal kecil pun jadi besar. perkara yang takde kena mengena pun masuk jugak. entah la.. dan dalam sedar ataupun tak, aku dapat rasa yang ada orang yang aku kenal akan pergi tinggalkan dunia ni. tapi aku tak tahu siapa. diri aku sendiri atau orang lain. tak tahu la macam mana nak cakap.

ok... cukup la dengan cerita tu.. kita sambung cerita lain pulak. sekarang aku dah tak belajar. sebab apa, yang tu aku tak nak bukak. bukan aku tak nak terima kenyataan, tapi kesakitan yang aku rasa masih lagi ada sampai sekarang. cukup la sekadar aku je yang rasa. aku tak nak orang lain rasa. diorang pun ada perkara lain yang nak di fikir.

baru-baru ni, aku baru je tukar motor. motor rxz second. lepas aku tolak motor suzuki aku tu. sayang jugak nak jual, sebab banyak kenangan aku dengan motor tu. hmmm... tapi aku nak buat macam mana, nak tak nak kena la jual. kalau tak, macam mana aku nak bayar duit rxz tu. alahmdulilah setakat ni motor tu tak buat masalah walaupun dah lama. sekarang ni aku tengah perlahan-lahan buat balik motor tu. bukan nak bagi laju. cuma untuk sedap aku bawak je. hehehe... ok la.. rasanya itu je kot buat masa ni. nanti kalau ada lagi, aku update. ok guys?

Wednesday, 28 March 2012

pencarian...

salam semua. sekarang ni aku masih lagi dalam pencarian. Pencarian erti diri aku. Yang mana masih banyak lagi aku tidak tahu. Dan juga apa yang perlu aku tahu dan belajar. Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan berita yang amat memilukan hati. Sungguhpun berat untuk ku terima. Aku redha andai ini ketentuanNya bagi diri ku. Mungkin aku bukan berada di tempat yang betul. Tempat dimana aku sepatutnya berada. Banyak petunjuk telah Dia berikan, tetapi dalam bentuk yang amat menyakitkan. Namun aku terima, mungkin ini caranya untuk aku sedar yang aku sudah lama jauh dari diriku dan juga diriNya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Setiap yang berlaku pasti sebabnya. Setiap apa yang aku alami, pasti ada pahit dan manisnya. Sama ada aku sedar ataupun tidak, semakin lama semakin aku jauh. Semakin aku berubah. Berubah menjadi seseorang yang hampir bukan diri ku yang dulu lagi. Seseorang yang amat berlainan kelakuannya. Seorang yang jahat, kurang berdisplin, tidak mendengar kata, tidak reti untuk menilai hati yang lain. Cuba untuk memahami mereka. Seperti mana aku yang dulu. Mungkin ini apa yang dia telah tentukan. Tiada siapa yang tahu akan kebenarannya. Yang mampu kita buat hanya berserah dan terus berdoa agar kita akan menjadi lebih baik dari semalam. Dan berusaha mencari jalan agar kita mampu berubah menjadi apa yang dia sukakan. Dan kembali memegang janji yang telah kita pegang sejak azali lagi. Tanpa ragu-ragu, dengan keyakinan kepadaNya, yang dia tidak akan menjadikan sesuatu itu tanpa sebab dan alasan. Tapi aku bersyukur kepada NYa kerana dia telah memberikan balasan kepada dosa-dosa lampau ku ketika di dunia lagi. Betapa beruntungnya aku walaupun apa yang dia berikan hany sedikit dari ap yang sepatutnya ku dapat dan terima. Berdoalah semoga kita semua akan bertemu hidayah dan kembali kepadaNya walaupun untuk sesaat. Jangan lah kita leka kerana iblis telah berjanji untuk menyesatkan semua keturunan Adam untukmasuk ke neraka bersamanya. Ingatlah akan kematian kerana disitulah pengakhiran kita didunia dan permulaan kita di akhirat. Sudah bersediakah aku untuk menghadapi semua itu sedangkan masih banyak yang aku perlu ketahui, perlu belajar. Amalku masih tidak cukup untuk aku ke syurga. Aku hanya insan yang lemah. Aku tidak sempurna. Masih banyak lagi yang perlu aku baiki. Moga-moga dipermudahkan. Amin..

Monday, 30 January 2012

tahun baru

Dah masuk tahun baru tapi aku masih lagi rasa cam takde apa-apa yang baru pun tahun ni. Entah la.. Mungkin belum sampai lagi perasaan tu. Kita tunggu dan lihat je la. Sekarang ni aku tengah praktikal dekat PIBR Pangkor.. Layan jugak la training kat sana. Staf pun ok. Semua boleh masuk kepala.. hahahaha... Cuma aku tengah bingung sikit. Bingung bukan sebab apa. Sebab hamba allah seorang ni. Depan dia cakap macam ni, dekat belakang dia cakap lain pulak. Aku pun dah tak tahu mana satu yang betul. Sekejap macam ni, sekejap macam tu.. Apahal la dengan dia tu. Kurang sihat kot.. Takpe2, nanti jangan lupa makan ubat. Kalau takde, boleh tolong belikan. hahahaha... N lagi seorang, entah bila pulak dia nak datang jumpa dan minta maaf pun tak tahu la. Like my mum said, just wait. Allah will bring him to you.. Anyway, i want to thank you to Allah for still giving me time to live until now.. Alhamdulilah... See you guys later.. Daa........