Selamat hari raya pada semua. Harap semua sihat sejahtera. Macam mana dengan raya anda semua? Pada yang masih remaja, banyak tak dapat duit raya?? Hahaha... Dah dapat duit raya tu jangan dihabiskan pada perkara yang tak berfaedah pulak. Kalau boleh, bagi pada ibu dan ayah simpan di bank untuk kegunaan masa depan. Tahun ni aku tak beraya sangat. mood pun tak berapa nak ada. Tak tahu sebab apa. Orang lain pergi beraya, aku sibuk mencari ikan di lubuk. Huhu.. Cukup kot untuk part beraya. sekarang aku dah ada kerja baru, technician. Tapi biasa-biasa je. Alhamdulilah setakat ni tiada apa- apa masalah. Harapnya berterusan sebegitu. Insyaallah kalau ada rezeki lebih, hujung tahun ni aku akan beli kereta. Tapi second-hand je la. Nak beli yang baru tak lepas loan. Tidak mengapa. Yang penting kondisi kereta tu tiptop, boleh nak jalan jauh. Ramai yang membantah terutama sahabat handai yang rapat. Sebab kewangan masih tidak stabil. Pada aku, untuk masa sekarang, kereta lebih penting daripada rumah sewa. Dalam keadaan aku sekarang, itu yang aku pentingkan. Entahlah... Kalau ada rezeki tu, adalah. Kalau tiada, bersabar sahaja. Ok lah.. Aku nak sambung kerja. Hari tak outstation sebab kereta syarikat hantar untuk servis. So duduk la pejabat buat apa yang patut. Next time aku update lagi.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ANDAI ADA SALAH DAN SILAP
HAPAP DIMAAFKAN. :)
No comments:
Post a Comment